01. Bagaimana cara membuat tempahan?
Langkah 1 :
↪ Pilih reka bentuk kad daripada katalog kami.
Langkah 2:
↪ Pilih saiz dan kuantiti kad yang diinginkan.
Langkah 3:
↪ WhatsApp admin kami dengan gambar dan kod reka bentuk yang dipilih.
Langkah 4:
↪ Buat pembayaran deposit untuk mengesahkan tempahan.
Langkah 5:
↪ Lengkapkan maklumat jemputan seperti nama, tarikh, masa dan lokasi majlis.
────────────────────────────────────────────────────────────────────
02. Berapakah minimum kuantiti tempahan?
• Minimum tempahan berbeza mengikut reka bentuk dan pakej yang dipilih. Sila rujuk maklumat pada halaman produk.
────────────────────────────────────────────────────────────────────
03. Adakah saya akan menerima design proof sebelum cetakan?
• Ya. Proof digital akan dihantar untuk semakan dan kelulusan sebelum proses cetakan dimulakan.
────────────────────────────────────────────────────────────────────
04. Bolehkah saya menukar reka bentuk atau warna?
• Sesetengah reka bentuk boleh disesuaikan mengikut pilihan warna dan keperluan anda. Perubahan tertentu mungkin dikenakan caj tambahan.
────────────────────────────────────────────────────────────────────
05. Bolehkah saya mendapatkan reka bentuk sahaja tanpa cetakan?
• Kami hanya menawarkan reka bentuk bersama perkhidmatan cetakan. Perkhidmatan reka bentuk sahaja tidak disediakan.
────────────────────────────────────────────────────────────────────
06. Bilakah waktu yang sesuai untuk membuat tempahan?
• Kami menyarankan tempahan dibuat 2–3 bulan sebelum tarikh majlis bagi memberikan masa yang mencukupi untuk semakan, cetakan dan penghantaran.
────────────────────────────────────────────────────────────────────
07. Berapa lama tempoh penghasilan?
• Tempoh penghasilan bergantung kepada reka bentuk, kuantiti, kemasan dan giliran produksi semasa. Tempoh akan dimaklumkan semasa tempahan.
────────────────────────────────────────────────────────────────────
08. Adakah menerima tempahan segera?
• Buat masa ini, kami tidak menerima tempahan segera atau rush order bagi produk fizikal bagi memastikan setiap tempahan dapat dihasilkan dengan teliti.
────────────────────────────────────────────────────────────────────
09. Adakah sampul disediakan?
• Ya. Setiap tempahan kad fizikal disertakan dengan sampul putih kosong tanpa caj tambahan. (Sampul putih bercetak custom nama pengantin hanya pakej gold dan silver sahaja.)
────────────────────────────────────────────────────────────────────
10. Bolehkah saya menempah sampul bercetak sahaja?
• Maaf, buat masa ini kami tidak menerima untuk tempahan sampul sahaja tanpa kad.
────────────────────────────────────────────────────────────────────
11. Adakah warna cetakan akan sama seperti paparan skrin?
• Warna cetakan mungkin berbeza sedikit daripada paparan pada skrin kerana perbezaan peranti dan proses percetakan. Variasi kecil adalah sebahagian daripada proses cetakan.
────────────────────────────────────────────────────────────────────
12. Bolehkah saya membuat perubahan selepas design proof diluluskan?
• Sebarang perubahan selepas kelulusan akhir mungkin dikenakan caj tambahan RM30 dan bergantung kepada status produksi.
────────────────────────────────────────────────────────────────────
13. Bolehkah tempahan dibatalkan selepas pembayaran?
• Bayaran yang telah dibuat adalah tidak boleh dikembalikan (non-refundable). Sila pastikan semua maklumat telah disemak dengan teliti sebelum membuat pembayaran.
────────────────────────────────────────────────────────────────────
14. Adakah penghantaran disediakan?
• Ya. Semua tempahan akan dihantar menggunakan perkhidmatan kurier yang tersedia. Kos penghantaran bergantung kepada kuantiti dan lokasi. Sila rujuk bahagian Shipping & Delivery.
────────────────────────────────────────────────────────────────────
15. Bagaimana jika terdapat masalah pada pesanan yang diterima?
• Sekiranya terdapat kesalahan produksi atau pesanan yang tidak menepati tempahan, sila hubungi kami dalam tempoh 48 jam selepas penerimaan bersama gambar atau video untuk semakan.
01. Apakah kad jemputan digital?
• Kad jemputan digital ialah jemputan dalam talian yang memaparkan maklumat majlis serta fungsi seperti RSVP, Google Maps, countdown, muzik dan pautan tambahan. Mini Website Fully Responsive (Mobile-Friendly).
────────────────────────────────────────────────────────────────────
02. Apakah yang disertakan dalam kad jemputan digital?
• Kandungan bergantung kepada pakej yang dipilih dan boleh merangkumi maklumat majlis, RSVP, Google Maps, countdown, galeri gambar, muzik serta pautan tambahan.
────────────────────────────────────────────────────────────────────
03. Bagaimana cara membuat tempahan?
• Semua tempahan kad jemputan digital dibuat melalui WhatsApp. Hubungi kami untuk memilih pakej dan memberikan maklumat majlis anda.
────────────────────────────────────────────────────────────────────
04. Adakah terdapat beberapa pilihan pakej?
• Ya. Kami menyediakan beberapa pilihan pakej kad digital mengikut keperluan anda.
────────────────────────────────────────────────────────────────────
05. Berapa lama kad digital akan siap?
• Kebiasaannya, kad digital akan disediakan dalam tempoh 48 jam selepas semua maklumat dan bahan yang diperlukan diterima dengan lengkap.
────────────────────────────────────────────────────────────────────
06. Bolehkah saya mengubah maklumat selepas kad siap?
• Ya. Maklumat dan kandungan boleh dikemas kini mengikut keperluan sehingga tarikh majlis, tertakluk kepada pakej yang dipilih.
────────────────────────────────────────────────────────────────────
07. Bolehkah saya menggunakan reka bentuk sendiri?
• Ya. Anda boleh menggunakan reka bentuk sendiri atau mendapatkan khidmat reka bentuk daripada kami. Caj reka bentuk tambahan mungkin dikenakan.
────────────────────────────────────────────────────────────────────
08. Digital Kad boleh request in english?
• Ya, Boleh. Full English, Full Malay, Mix Language boleh.
────────────────────────────────────────────────────────────────────
09. Bolehkah saya menaik taraf pakej selepas pembelian?
• Ya. Pakej boleh dinaik taraf dengan menghubungi kami melalui WhatsApp.
────────────────────────────────────────────────────────────────────
10. Mengapa muzik latar kadang-kadang tidak dimainkan secara automatik?
• Tetamu perlu menekan butang muzik secara manual untuk memainkannya.
────────────────────────────────────────────────────────────────────
11. Bolehkah saya menambah maklumat tambahan?
• Ya. Maklumat tambahan seperti atur cara, nota, pengumuman atau pesanan khas boleh ditambah bergantung kepada pakej yang dipilih.
────────────────────────────────────────────────────────────────────
12. Bolehkah tempahan dibatalkan?
• Bayaran yang telah dibuat adalah tidak boleh dikembalikan (non-refundable) selepas tempahan disahkan.
────────────────────────────────────────────────────────────────────
13. Apakah kaedah pembayaran yang diterima?
• Online Banking / CDM, FPX dan DuitNow QR.